Terkini!! Video Kereta JPJ Dibakar Oleh Orang Ramai Yang Marah Di Ayer Tawar, Perak

Friday, January 11, 2013 by

Keret JPJ Dibakar di ayer tawar, perak
       
van jpj dibakar 2
van jpj dibakar


Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolahan di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.




Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.Punca sebenar kemarahan orang ramai terhadap kemalangan yang berlaku itu masih belum di ketahui.


Saksikan video kejadian tersebut:

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©