Suami Arwah Nur Fatimah Anis Direman

Sunday, December 30, 2012 by
SUSPEK yang merupakan suami mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar semalam selepas dikenakan perintah tahanan reman bersama dua lagi lelaki berhubung kes bunuh isterinya.ALOR SETAR - Polis semalam menahan reman tiga lelaki termasuk suami kepada pembantu kedai,  Md. Radzi, 17, yang maut dipercayai akibat dipukul dengan dua batang buluh dalam satu pertengkaran di Kampung Alor Gelegah di sini awal pagi kelmarin.

Suami mangsa berusia 26 tahun dan dua lagi suspek yang berusia 23 dan 26 tahun direman sehingga 4 Januari depan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan V. Saravanan berkata, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai mekanik direman selama seminggu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Katanya, siasatan awal mendapati pertengkaran yang berlaku di antara pasangan suami isteri itu berpunca daripada perasaan cemburu.

"Hasil semakan kita juga mendapati suami mangsa mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi motosikal," ujarnya di sini.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©