Isteri Muda Maut Ditangan Suami Gara-Gara Cemburu

Saturday, December 29, 2012 by

Gambar Nor Fatimah Anis Md. Radzi dan suami pada majlis pernikahan mereka di Kodiang, Jitra,Kedah pada bulan Jun yang lalu.

Bak kata pepatah: Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.

Rezeki, ajal dan maut itu adalah ketentuan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menjangka dengan 100% tepat apa yang akan berlaku terhadap 3 perkara itu kepada diri kita sendiri. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Mendirikan rumahtangga dalam usia yang terlalu muda, rasanya agak jarang kita temui di dalam dunia moden serba canggih hari ini. Tetapi agak mengejutkan teman, apabila membaca berita mengenai kisah trajis dan sadis, suami telah memukul isterinya yang berusia 17 tahun hingga maut ketika usia rumahtangga mereka  baru mencecah 6 bulan. Jika tidak silap perkiraan teman, ketika mereka mendirikan rumahtangga, isterinya masih dibangku sekolah Tingkatan 5 dan akan menduduki SPM 2012 (jika masih bersekolah).

Ikuti selanjutnya....



 Anggota polis membawa keluar jenazah Nor Fatimah Anis dari rumahnya. Gambar kecil, Nor Fatimah Anis. 
 

ALOR SETAR - Pembunuhan Nur Fatimah Anis Md Radzi dalam satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada cemburu.

Seorang jiran Nur Fatimah yang enggan dikenali memberitahu, dia terdengar pertelingkahan antara seorang lelaki dan perempuan kira-kira jam 2 pagi semalam.

“Saya bangun, buka tingkap dan dengar suara orang bergaduh. Saya dengar suara seorang lelaki sedang memaki-hamun seorang perempuan. Saya juga dengar perempuan itu mengadu sakit dan meminta air,” katanya.

Katanya, pasangan itu kemudian keluar dengan motosikal dan pulang semula tidak lama kemudian dengan diikuti seorang lelaki, yang turut menunggang motosikal.

Difahamkan kedua lelaki itu juga bergaduh di luar kawasan rumah tersebut sebelum Nur Fatimah dihentak dengan objek keras.

Menurut jiran itu, suami wanita itu membawa isterinya masuk ke dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi dengar bunyi bising.

Katanya, dia difahamkan pasangan ini selalu bergaduh, dipercayai akibat cemburu.

Menurut jiran itu lagi, dia menasihatkan lelaki tersebut supaya tidak bergaduh dengan isterinya jika sayangkan isterinya.

"Tidak sangka kira-kira pukul 6.30 pagi, perempuan itu ditemui sudah meninggal dunia,” katanya.

Nur Fatimah dikatakan tinggal bersama ibu bapa suaminya, tetapi ketika kejadian, mentuanya dipercayai berada di rumah seorang lagi anak mereka di Pahang.-SH
 

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©