PETALING JAYA – Pelajar Malaysia di Singapura, Alvin Tan Jye Yee, 24, yang bakal dikenakan tindakan disiplin berhubung blog pornonya bagaimanapun tidak akan berhenti daripada melakukan aktiviti berkenaan.
Malah, dia dan pasangannya, Vivian Lee bercadang untuk terus melakukan lebih banyak ‘aksi’ selain bercadang mahu menyimpan semua rakaman hubungan intim mereka.
Mereka juga tidak menyesal mengenai kontoversi yang dicetuskan akibat penyiaran gambar erotik di blog milik mereka itu.
“Kami akan terus bersama dan melakukan banyak hubungan seks serta merekodkannya,” kata pemegang biasiswa ASEAN itu kepada The Star, di sini semalam.
Minggu lalu, kisah Alvin yang juga pelajar jurusan undang-undang di National University of Singapore (NUS) mendapat perhatian ramai selepas imej lucah mereka disebarkan di internet.
Lebih mengecewakan apabila dia sebenarnya seorang pelajar pintar tetapi mengambil jalan untuk melakukan perkara yang memalukan ini.
Ditanya mengenai tidakkah dia akan mengecewakan ibu bapanya, Alvin memberitahu keluarganya tidak begitu bimbang mengenai masalah moral.
“Tetapi mereka lebih prihatin terhadap tindakan undang-undang dan peraturan universiti yang mungkin akan diterima saya,” katanya.
Kedua-dua pasangan itu turut berkata, kini mereka sedang wujudkan akses khas kepada peminat dengan menghantar email selepas blog mereka disekat.
“Ini adalah tempoh kritikal dan kami berhasrat untuk menggunakan masa ini untuk mencari pengikut.
“Mungkin kita tidak akan memuatnaik video dan gambar itu untuk tatapan umum, tetapi kita boleh terus menjadi blogger.
“Kami mahu Alvin dan Vivian menjadi satu nama yang dikenali kerana melakukan seksual terbuka,” kata Tan.
Selain itu, Tan turut mendedahkan mereka menerima banyak email termasuk cadangan bagaimana mahu melakukan aksi seks daripada lelaki mahupun wanita.
Tan dijangka menghadapi pendengaran tatatertib oleh lembaga National University of Singapore (NUS) bulan ini.
“Saya terkejut mereka memberikan saya begitu banyak masa untuk bersedia.
“Saya akan pertahankan asas saya. Semua yang ingin saya katakan, telah disampaikan kepada media,” katanya.
seronok baca kisah ni. Alvin dan vivian bangga kerana mereka mampu melakukannya... bagaimana dengan pasangan yang malang? saya nak kongsi pengalaman sebab pernah hampir tertipu oleh pengamal perubatan traditional. Saya pernah hantar kawan2 berubat berhubung masaalah lemah syahwat. Alhamdulilah kata mereka semenjak berubat dengan ustaz tu ok malahan ada yg dah tujuh tahun menikah akhirnya mengandung. Pengamal perubatan traditional yg saya maksudkan ialah Ustaz Adi Wijaya, guru agama di daerah Pontian yang tinggal di kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya cerita ini ikhlas, sebagai tanda kesyukuran sebab keluarga saya telah sihat dan memang saya berjanji 'kalau dia sihat saya nak membantu sesama insan yang memerlukan khidmat perubatan traditional agar tidak tersilap langkah'. Sempat saya rakam beberapa foto ritual perubatan beliau waktu menghantar ahli keluarga saya :
ReplyDeletehttp://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
http://www.flickr.com/photos/100007933@N06/
Kebebasan moral bkn utk manusia..itu yg membezakan manusia dn binatang..
ReplyDelete