Cif Inspektor Azilah Hadri 'Kes Altantuya' Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Thursday, June 19, 2014 by



Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota PDRM. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas Korporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Laporan Polis
 
Tangkapan Khalwat melibatkan anggota polis wanita dan bekas pegawai polis lelaki.

(1) BBST Repot 2729/14

(2) Tarikh 19/06/14 @ 0211 hrs

(3) Pengadu RF 125660 D/Kpl Mustapa Kamal B. Hj.Kassim
JSJ Zon 3 Ippd Subang Jaya

(4) Tempat Kejadian No.14 Blok A Jalan Dedap Merah 1 Perumahan Polis Ippd Sepang Selangor.

(5) Fakta Kes


Pada jam lebih kurang 0120 hrs tarikh 19/06/2014 , semasa pengadu sampai di rumah alamat No.14 Blok A Jalan Dedap Merah 1 Perumahan Polis Ippd Sepang Bandar Baru Salak Tinggi di mana pengadu dapati pintu rumah telah di kunci daripada dalam.

Kemudian pengadu telah mengetuk pintu rumah dan selepas itu pengadu dengar suara isteri pengadu Musliha Bt.Makrani menyahut dengan perkataan sekejap.

Selepas itu , pengadu masuk ke dalam rumah dapati terdapat sebuah bantal dan belinkit/selimut terbentang di hadapan tv ruang tamu rumah dan pengadu syak sesuatu kerana isteri pengadu dalam keadaan kelam kabut.

Pengadu kemudian buat pemeriksaan bilik air dapur dan stor belakang serta bilik hadapan pengadu dapati ketiga tiga anak pengadu sedang tidur.

Selepas itu , pengadu periksa bilik tengah rumah dan selepas buka lampu telah lihat seorang lelaki melayu sedang baring pada sususan baju tepi katil.Kemudian isteri pengadu memberitahu bahawa lelaki melayu tersebut adalah kawannya.

Kemudian pengadu tangkap lelaki melayu tersebut dan isteri pengadu kerana di syakki bersekedudukan di dalam rumah dan pengadu bawa isteri dan lelaki melayu tersebut ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut.

(6) Butir-butir tangkapan,

(6.1)
Nama: Azilah B.Hadri
Kpt 760328136051
Alt No.23 Jalan Raja Udang 10 Taman Sepang Putra Sg.Pelek Sepang.
Umur 38 Tahun.
Status Bujang.
Pekerjaan Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas Bukit Aman. G/14055

(6.2)
Nama Musliha Bt.Makrani
Kpt/No.Polis RF 137810
Alt No.14 Blok A Perumahan Polis IPPD Sepang Selangor
Umur 33 Tahun
Status Kahwin.

(7) Tindakan

 
Tangkapan telah di serahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©