SEDIH DAN MEMILUKAN... Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di Nilai menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, berusia 15 tahun dikurung seorang diri dalam keadaan kurus kering dengan pakaian reput di Taman Semarak, awal pagi tadi.
Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.
Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.
Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan mengambil tindakan ke atas ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Flat Semarak di sini.
Pengarahnya Abdullah Hanafi berkata, remaja terbabit kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, namun berada di bawah pengawasan dan pemantauan pihaknya.
"Kita (JKM) perlu menunggu laporan penuh daripada pihak hospital mengenai keadaannya. Setakat ini, remaja itu akan dilindungi JKM sementara laporan penuh diperoleh.
"Sekiranya hasil laporan ada unsur penderaan, kita akan menyerahkan kes kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 atau Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.
astaghfirullah.....
ReplyDeleteterkejut tgk keadaan anak ni.....siapala mak bapak /penjaga yang terlalu kejam ni....@#@$ betul...
jangan dok bercakap saja... tolong ambil tindakan segera terhadap manusia yang bergelar 'ibu' tu... kalau boleh jangan bagi makan sampai dia jadi kurus keding macam anak dia tu.
ReplyDelete