'Pesta Separuh Bogel' Untuk Raja Swaziland Mencari Calon Isteri

Monday, April 09, 2012 by

 Raja Mswati III

Ludzidzini,Swaziland: Suasana malam minggu di ibu negara Swaziland ini menjadi sangat meriah, dengan kehadiran kira-kira 40,000 orang gadis-gadis yang masih dara. Mereka menghadiri pesta dan mempersembahkan tarian khas dalam gerak tari yang penuh menggoda.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk membuatkan jantung Raja Mswati III bergoncang agar mereka terpilih menjadi isteri Raja Swaziland yang ke-14. Wanita-wanita muda ini yang dijamin 100 % masih dara begitu bersemangat untuk mencapai impian mereka.Iaitu impian menjadi wanita bangsawan dengan hidup penuh kemewahan dan glamour.

Dalam acara tarian ini,kumpulan anak-anak dara ini akan mengenakan baju pesta dengan membiarkan bahagian payudara mereka terdedah. Ini akan memberikan kesempatan kepada Raja Mswati III untuk melihat keindahan tubuh gadis-gadis tersebut secara dekat. Pesta ini yang merupakan adat tahunan yang di adakan di kota Ludzidzini,seperti biasa pesta tersebut juga telah mendapat liputan meluas dari media di seluruh dunia.

Pada tahun ini usia Raja Mswati III akan genap 42 tahun, kesemua isteri-isterinya telah dipilih melalui pesta tahunan ini,kecuali isterinya yang ke-12.

Ayahanda kandungnya iaitu Raja Sobhuza II semasa hayatnya juga telah berkahwin dengan 70 orang wanita dan memiliki 210 orang anak. Jadi raja Mswati III hanya menunggu masa sahaja untuk memecahkan rekod tersebut!







Raja Mswati III telah dinobatkan sebagai pemerintah negara Swaziland sejak 25 April 1986. Negara Swaziland yang terletak dibahagian hujung benua Afrika bahagian selatan ini adalah sebuah negara miskin. Negara tersebut hanya mempunyai 1.2 juta penduduk,sepertiga dari rakyatnya hanya bergantung hidup dengan sumbangan dari bantuan dana antarabangsa.

Bahkan sekitar 65 % dari penduduknya hanya mempunyai pendapatan sekitar USD1 dollar sehari. Angka ini adalah sangat kecil di dalam kehidupan di zaman ini. Sebahagian besar penduduknya juga menjadi penagih minuman keras.Di sini juga terdapat banyak kes-kes penularan virus HIV, seperti kebanyakan negara-negara Afrika yang lain.

Walaupun begitu semua isteri-isteri Raja Mswati III hidup dalam serba kemewahan.Setiap dari mereka telah diberikan kereta Mercedes Benz model paling terbaru dan tinggal di istana mewah.Untuk membiayai pesta adat ini, hampir USD800,000 dollar telah dibelanjakan pada setiap tahun.Jumlah ini adalah amat besar untuk sebuah negara miskin seperti Swaziland.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©