Gambar Carlo Lissi (kiri) dan isterinya Cristina Omes yang dipaparkan di laman Facebook milik ibu kepada dua anak itu.
SEORANG peminat bola sepak didakwa mengelar leher isteri dan dua anaknya sebelum ke pub untuk menonton perlawanan Piala Dunia antara England dan Itali bersama rakan-rakannya.
Mayat Cristina Omes, 38, dan anak-anaknya, Giulia yang berusia lima tahun dan Gabriele, 20 bulan, ditemui di kediaman mereka di kawasan perumahan di Motta Visconti, dekat Milan.
Kesemua mayat mereka ditemui dengan kesan kelar di leher serta beberapa kesan tikaman, menurut beberapa laporan di Itali.
Perunding komputer, Carlo Lissi didakwa melakukan tiga pembunuhan.
Lissi memberitahu penyiasat bahawa dia membunuh isterinya terlebih dahulu diikuti dengan dua anaknya pada lewat malam Sabtu (waktu tempatan).
Dia kemudiannya meninggalkan rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam untuk menonton perlawanan Piala Dunia bersama rakan-rakan.
Menurut sumber polis, dia membuang senjata yang digunakan untuk membunuh isteri dan kedua-dua anaknya di sebuah lubang konkrit ketika dalam perjalanan.
Dia kemudiannya kembali pulang ke rumah selepas pukul 2 pagi untuk 'mencari' mayat, dan menghubungi polis.
Peti keselamatan di rumah lelaki itu terbuka dengan sejumlah kecil wang dilaporkan hilang, tetapi pasukan penyiasat memfokuskan motis mengenai pembunuhan bayi itu, sumber memberitahu media Itali.
Kekurangan senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu menyebabkan mereka menolak pembuhan itu disebabkan oleh ibu muda itu yang membunuh diri.
Lissi dikatakan memberitahu polis bahawa dia mengakui melakukan tiga pembunuhan ngeri itu kerana dia menyintai wanita lain. - mirror.co.uk
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©