Penculik Kanak-Kanak Dibelasah Orang Awam Di Pasir Gudang

Tuesday, September 09, 2014 by
Suspek dibelasah orang awam sebelum diberkas oleh pihak polis.


PASIR GUDANG: Cubaan berani seorang lelaki untuk menculik seorang kanak-kanak perempuan di Pasir Gudang, Johor beberapa hari lepas gagal apabila suspek berjaya di tahan oleh pihak polis dengan bantuan penduduk setempat, di sini.

Lebih malang, suspek turut dibelasah dan 'diratah' oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menurut laporan sebuah blog, suspek berbangsa Cina dan merupakan warganegara Malaysia.

Suspek yang menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih dikatakan cuba menarik mangsa namun dihalang oleh ibu mangsa sebelum di pukul oleh orang awam.


Gambar suspek di belasah oleh orang awam menjadi viral di laman media sosial dan beberapa blog.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan bahawa kejadian berlaku pada 6 September lalu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama lima hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata selepas ujian air kencing dijalankan, suspek didapati positif dadah. Bagaimanapun Abdul Samad enggan mengulas lanjut dan mendedahkan identiti suspek.

Terdahulu, gambar suspek di belasah oleh orang awam menjadi viral di laman sosial dan beberapa blog.



Rahayah Bul mencium anaknya, Nur Ainna Haili yang nyaris dilarikan seorang lelaki, Sabtu lalu.


Sementara ibu kepada kanak-kanak tersebut Rahayah Bul, 42, berkata, setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.