Koleksi Gambar Aksi 'Selfie' Terlampau

Monday, September 08, 2014 by


TREND baharu dikenali sebagai ‘Selfie Game 2014’ kini dilihat semakin popular selepas aksi merakam diri sendiri (selfie) sebelum ini seakan-akan menjadi virus di seluruh dunia.

Business Insider sebelum ini melaporkan trend yang juga digelar sebagai ‘Selfie Olympic’ telah mendapat ‘likes’ sebanyak 30, 000 dalam masa kurang sehari ketika laman tersebut di perkenalkan pada awal Januari tahun ini.

Terbaharu, berdasarkan tinjauan MalaysianDigest, ‘page’ tersebut (Selfie Game 2014) kini disukai lebih 54, 000 pengguna laman sosial, Facebook dan carian gambar boleh dibuat dengan menggunakan hashtag #selfieolympic.

Menjadi sensasi dalam kalangan remaja dan golongan muda, ‘Selfie Game’ merupakan perbuatan merakam gambar sendiri dengan cara yang paling ekstrem, unik atau pelik bagi tujuan meraih perhatian pengguna di laman sosial. (Heavy.com)

'Peserta' dilihat sedaya upaya untuk mengalahkan ‘pesaing’ lain dengan menghasilkan gaya yang lebih kreatif.

Rata-rata aksi yang dimuat naik di internet termasuk laman sosial seperti FB, Twitter dan Instagram bukan sahaja memaparkan gaya yang lucu, malah turut melibatkan aksi berbahaya.

Sebagai contoh, aksi seorang gadis sekitar awal tahun ini yang dilihat mendapat perhatian ramai di laman mikro, Twitter apabila beliau dilihat merakam aksi sendiri di hadapan cermin dengan menekan butang 'snap' menggunakan kakinya.



Turut menjadi bahan hiburan ialah aksi seorang remaja yang dimuat naik oleh pemilik akaun, Twitter (@kristenjarz) dimana foto tersebut mengambar remaja terbabit ‘terlekat’ di antara pintu dan dinding dengan gaya ala-ala ‘spiderman’.



Adakah ‘Selfie Game’ Bahaya?

Teknik mengambil gambar yang dilakukan segelintir remaja yang terlalu ekstrem menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya dan juga maut.

Carian yang ditemui di laman web Tumblr (http://www.tumblr.com/tagged/selfie-game) , trend ini dikatakan mungkin tindak balas dengan alam semula jadi. Meskipun masih tidak wujud laporan kematian setelah aksi ini dilakukan, ‘selfie game’ berkemungkinan membunuh seseorang memandangkan kriteria aksi yang dilakukan adalah merbahaya.

Berikut aksi-aksi menarik  yang  boleh diperolehi menerusi laman sosial:








 

- mD

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©