3 Gambar Perompak Bermisai Palsu Yang Ditembak Mati Ketika Cuba Merompak Bank

Friday, August 29, 2014 by


Perompak bermisai palsu tumpas ditembak mati oleh Pengawal Keselamatan.

 

Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.

Dalam kejadian rompakan sebelum ini, pengawal keselamatan yang sama tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu.

Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada pukul 11.17 pagi itu, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.

"Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.






Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.

Thaiveegan berkata polis turut menemui sebuah kereta Proton Saga dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Thaiveegan turut memuji pengawal keselamatan berusia 29 tahun itu kerana cekap bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©