Model Pengantin Separuh Bogel Mahu Belajar Dari Kesilapan

Saturday, August 30, 2014 by



Jo Yee


IPOH: How Jo Yee, seorang daripada dua model yang tampil separuh bogel untuk sesi bergambar bertemakan perkahwinan mengakui akan lebih memilih terutama pekerjaan yang ditawarkan mahukan dia memakai pakaian seksi.

Model berusia 21 tahun itu memberitahu Sin Chew Daily, jika perlu dia juga akan mendapatkan nasihat guaman sebelum menerima sebarang tawaran sebagai peragawati.

Jo Yee dan model lelaki, Low Kah Wai, 27, didenda RM400 setiap seorang pada Rabu selepas kedua-duanya mengaku bersalah kerana menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat di depan sebuah sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu.

Pada sesi fotografi itu, Low kelihatan hanya memakai seluar hitam dan kasut tanpa sebarang kemeja, manakala How memakai pakaian dalam warna putih dan berkasut tinggi. Gambar berkenaan menjadi viral menerusi media sosial.



Jo Yee (kiri) dan Kah Wai.


 
Jo Yee berkata, dia hanya sedar bahawa gambar itu menjadi viral selepas  rakannya memaklumkan mengenainya.

"Saya terus menghubungi keluarga untuk menjelaskan perkara itu," katanya yang bekerja sebagai model sejak tiga tahun lalu.

Selain itu, Kah Wai, seorang pendandan rambut yang juga model sambilan berkata, dia tidak menyalahkan rakannya yang mendapatkan tawaran itu kepadanya.

Bagaimanapun, beliau bimbang kejadian itu boleh memberi kesan kepada perniagaan salun rambut yang diusahakannya.

"Saya harap pelanggan memahami," katanya.

Kedua-dua model berkenaan berkata, insiden yang berlaku menjadi pengajaran untuk mereka berdua dalam meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan.

(Kredit: mStar Online)