Gambar salah seorang penceroboh Sulu yang berjaya ditembak mati.
LAHAD DATU 7 Mac - Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera manakala ada sebahagiannya telah dikebumikan.
Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera manakala ada sebahagiannya telah dikebumikan.
Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.
Sementara itu, laporan pagi ini menyebut, kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.
Laman Utusan Online melaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.
Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.
Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu. (Berita Lanjut Akan Menyusul)
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©