Gara-Gara Cemburu,Suami Belasah Isteri Dengan Lesung Batu

Monday, January 07, 2013 by
Anira menunjukkan lesung batu yang digunakan oleh suaminya untuk menghentak kepalanya.


Gambar Anira yang cedera teruk sedang mendukung anak ketiganya, Nur Asyikin.


KANGAR - Seorang wanita yang baru melahirkan anak kedua cedera parah dibelasah suaminya yang berang selepas mengesyaki isterinya itu curang ketika pulang berpantang di sebuah rumah sewa di Kampung Repoh di sini.

Semasa kejadian pada pukul 5 pagi Sabtu lalu,
si isteri Anira Aziz yang berusia 27 tahun itu teruk dibelasah menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan turut dikelar dengan pisau.

“Selain ditetak menggunakan pisau dan diseret dalam keadaan telanjang, kepala saya juga dihentak dengan alu lesung oleh suami,” dakwa Anira Aziz lagi.

Kesan jahitan di kepala mangsa.

 
Tindakan si suami berusia 40 tahun yang bekerja kontrak di Kuala Lumpur itu menyebabkan isterinya mengalami lebam dan luka di mata serta mulut selain luka dikelar di belakang badan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTZ) di sini.

Rahsia kecurangan isterinya terbongkar semasa si suami menziarah dua anaknya termasuk bayi yang berusia 40 hari pada cuti hujung minggu di rumah sewa mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, berang dengan kehadiran orang ketiga di rumahnya itu, suspek bertindak menyerang isterinya dengan pelbagai objek sementara motosikal jenis Modenas Kriss dan pakaian milik isterinya itu dibakar.

1 comment:

  1. Maw xkena belasah.. Dok berpeluk dgn laki len dalam rumah dia.. Kalau ada hukum hudud mampuih kena rejam dh betina ni.. Dia wt maksiat xkena dakwa, xkena tahan reman, laki dia sorang2 plak yg kena tahan.. Pastu dgn rasa bangga dan rasa seolah2 diri tu betoi la konon tunjuk abih muka kt dia merata.. Kalau bini aku pun aku bagi seibu dua maw wt lagu ni.. Isteri berzina = Xsalah, Suami pukul = Bersalah dan didakwa..

    ReplyDelete

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©