WANTED..Sila hubungi mana-mana Balai Polis berdekatan jika anda melihat muka-muka penyangak ini dan jangan
mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya.
Gambar OKT yang diburu pihak Polis setelah melarikan diri ketika dalam perjalanan dari penjara Pualau Pinang ke Mahkamah Butterworth pada 07/01/2013.
Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu semalam, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.
Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Kesemua OKT merupakan penjenayah berbahaya kerana terlibat dalam jenayah berat seperti bunuh, rompakan berkumpulan dan mendatangkan cedera dengan senjata tajam. Ketika kejadian, kesemua tangan mereka digari.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, keempat-empat anggota itu telah mengambil kesemua OKT terbabit dari Penjara Pulau Pinang untuk dibawa ke kompleks berkenaan bagi proses pertuduhan dan reman kes masing-masing.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, beberapa OKT berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van terpaksa memberhentikan kenderaan itu untuk meleraikannya.
Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.
“Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
“Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.
“Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.
“Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya,” katanya.
Orang-Ramai Melihat Anggota Polis Dibelasah OKT Di Tepi Jalan
Orang-ramai sedang membantu anggota polis yang cedera dipukul oleh penjenayah- penjenayah tersebut.
Butterworth: “Saya nampak pergelutan antara anggota polis dan tahanan di tepi jalan itu tetapi tak berani rapat kerana bimbang mereka bersenjata,” kata seorang saksi kejadian empat anggota pengiring tahanan diserang kumpulan terbabit di tepi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), berdekatan susur keluar Pantai Bersih, di sini, semalam.
Menurut lelaki tidak mahu dikenali itu, selepas kumpulan terbabit masuk ke dalam van dan terus memecut meninggalkan tempat kejadian, baru dia mendekati kawasan itu.
Katanya, terdapat seorang anggota polis terlentang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepalanya.
“Kemudian semakin ramai pengguna lebuh raya berhenti dan memberi bantuan serta membalut kepala anggota polis terbabit dan menghubungi ambulans bagi mengejarkannya ke hospital,” katanya.
VAN polis yang dilarikan penjenayah telah dijumpai semula.
GARI yang telah dibuka dijumpai berhampiran van polis.
SERBUK cili yang diisi dalam botol ditemui dalam van polis.
“Mulanya saya sangka ada orang menghalang kenderaan polis sebelum menyerang mereka, rupa-rupanya anggota polis terbabit diserang oleh tahanan yang dibawanya,” katanya.
Oleh Isma Ismail
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©