Siang Jadi Cikgu, Malam Belasah Orang...
Saturday, December 29, 2012 by Author
Melihatkan pasangan kembar, Lucy dan Kelly Knott, 24, tiada apa yang pelik pada diri mereka.
Wajah kedua-dua kembar itu jelas menampakkan personaliti diri mereka yang lemah lembut dan sopan.
Sesuailah dengan kerja mereka sebagai guru yang bertugas di St Winifred’s RC Primary School di Stockport, United Kingdom.
Tetapi, pastinya ramai yang tertipu dengan kelembutan wajah Lucy dan Kelly.
Ini kerana, di waktu siang, mereka berkerja sebagai guru tetapi pada waktu malam, mereka bertugas pula sebagai ahli gusti!
Lucy dan Kelly meminati dunia gusti sejak berusia 12 tahun lagi kerana sering menonton rancangan gusti bersama-sama abangnya hampir setiap hari.
Kerana memikirkan minat dan keinginan tinggi untuk menjadi ahli gusti, kembar itu menceburi dunia gusti pada umur 16 tahun.
Malah, mereka berdua yang bekerjasama sebagai satu pasukan gusti menamakan diri mereka sebagai The Blossom Twins.
Uniknya, sebelum setiap kali perlawanan gusti dijalankan, Lucy dan Kelly akan menawan penonton dengan cara mereka sendiri iaitu dengan memberikan kek cawan, ‘cup cake’ kepada semua orang.
“Kami sangat suka menonton rancangan gusti dengan abang kami semasa kecil dan membuat keputusan untuk meneruskan minat menjadi ahli gusti.
“Sejak itu, kami hidup dan terus berusaha untuk bergusti apabila peluang itu ada. Kami benar-benar mengejar impian kami,” kata mereka.
Ketika ini, Lucy dan Kelly sedang berusaha untuk menjadi sebahagian dari kumpulan Total Non Stop Action Wrestling (TNA) British Boot Camp.
Walaupun mereka berkerja sebagai guru yang ditugaskan untuk mendidik anak-anak muda, Lucy dan Kelly tidak melihat kerja sampingan mereka itu menjadi masalah.
Kerana, setiap pekerja dan murid-murid mereka sangat menyokong usaha mereka dan sentiasa memberi semangat buat Lucy dan Kelly untuk mencapai impian mereka.
Sumber:Dailymail
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©