Tahniah!! Polis Pulau Pinang Berjaya Temui Semula 90 Peratus Cip Mikro Yang Dirompak

Monday, October 08, 2012 by



BUKIT MERTAJAM — Polis Pulau Pinang malam tadi berjaya menemui semula 90 peratus daripada keseluruhan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM11.5 juta yang dilaporkan hilang dalam satu rompakan di sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah, di sini awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata penemuan cip mikro di sebuah rumah di Kampung Pongsu Seribu, Kepala Batas dekat sini hasil daripada penahanan lima lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun di sekitar negeri ini.

"Susulan kejadian itu kita melancarkan operasi mengesan mereka yang dipercayai terlibat.

"Berdasarkan keterangan dan maklumat yang diperolehi, polis berjaya menahan lima lelaki terbabit dan menemui semula 90 peratus cip mikro berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Laporan sebelum ini menyebut lapan lelaki bersenjatakan pedang samurai melarikan sejumlah cip dalam rompakan di kilang tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu dipercayai berusia antara 20 hingga 40 tahun memecah masuk gudang kilang berkenaan melalui pagar belakang kira-kira pukul 2.30 pagi. — BERNAMA


P/S: respek abis le..mmg cekap polis penang wat keje..

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©