Blogger 'jayanegara1234.blogspot.com' Mati ditembak Selepas Mengamuk di JPM

Tuesday, July 10, 2012 by

Suspek lelaki iaitu Blogger 'jayanegara1234.blogspot.com' Khalil Afandi Abd Hamid, 37,telah cedera terkena tembakan anggota Polis di tangan kanan serta bahagian ari-ari dan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya akibat pendarahan., manakala suspek wanita pula yang bernama Muhdalina Ahmad, 28, yang juga ibu kepada dua orang anak itu mengalami kecederaan di paha kanannya dan kini masih dirawat di hospital yang sama.


Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. 

Gambar-gambar gelagat saspek yang mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.

Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.

Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.

Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. - BERNAMA

SAKSIKAN VIDEO INSIDEN TERSEBUT




 
Blogger 'Jayanegara' Yang Menyimpang Dari Prinsip Perjuangan Keharmonian


PETALING JAYA: Lelaki yang maut ditembak polis ketika sedang mengamuk dalam cubaan menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, petang Isnin jelas menyimpang dari prinsipnya yang ingin memperjuangkan keharmonian di negara ini.

Menerusi paparan bertarikh 4 Jun 2012 dalam laman blog yang dinamakan Jayanegara1234.blogspot.com, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Abd Hamid, 37, telah memasuki entri yang antara lain menyeru semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama supaya tidak membenci antara satu sama lain.

Malah, lelaki itu turut meminta semua umat Islam supaya melaksanakan perintah Allah iaitu menjaga hubungan kemanusiaan dengan penganut agama lain.

"Semua kita, tidak (kira) sesiapa pun adalah khalifah di bumi ini. Jangan kita lupa tugas khalifah...kita bekerja untuk Allah. Sebarkan dakwah. Sikafir tidak bertepuk tangan jika kita bergaduh.

"Tidak...mereka juga ada kemanusiaan...Cuma Iblis yg bertepuk tangan. Kamu juga jangan bertepuk tangan jika sikafir bergaduh! Amankan...damaikan mereka...itu tanggungjawab kita. Bukankah kita khalifah," katanya dalam paparan bertajuk "Izinkan aku bicara".

Bagaimanapun, lelaki itu dan seorang wanita yang baru dikenalinya telah mengamuk dengan melibaskan pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam bertempiaran lari menyelamatkan diri petang semalam.

Meskipun dipujuk sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pasangan suspek dalam kejadian amuk itu tetap berdegil sehingga memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Lelaki tersebut yang terkena dua das tembakan pada lengan kiri dan kaki kiri maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya akibat pendarahan.

Suspek wanita pula yang bernama Muhdalina Ahmad, 28, yang juga ibu kepada dua orang anak itu mengalami kecederaan di paha kanannya dan kini masih dirawat di hospital yang sama.

Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan hanya mengenali antara satu sama lain seminggu yang lalu.

Blog milik Khalil Afandi yang beroperasi sejak Mei lalu itu turut menjadi medan untuk suspek berbicara mengenai agama, mengkritik pihak berkuasa, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Suspek sempat memuat entri terakhirnya bertajuk "Hidup dan mati...apa yang dipertaruhkan" bertarikh 30 Jun lalu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis masih menyiasat motif, kaitan dan perancangan pasangan berkenaan ke Kompleks B Jabatan Perdana Menteri.

"Beri pihak polis masa untuk buat kerja," katanya dipetik dalam laman sosial Facebooknya, Selasa.

Hishammuddin turut memberi jaminan pihaknya tidak pernah berkompromi dalam isu keselamatan.


Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©