Ibu Ayam Berusia 15 Tahun Ditangkap

Thursday, June 14, 2012 by


Ottawa – Baru berusia 15 tahun namun dua remaja ini bukan sahaja menjadi jalang malah mampu menjadi ibu ayam dengan menjadikan gadis remaja lain sebagai pelacur.

Polis percaya remaja tersebut menjalankan sendiri rumah pelacuran berkenaan tanpa bantuan sesiapa pun.

Dalam kes yang mengejutkan masyarakat di situ, remaja tersebut berjaya memujuk gadis berusia 13 hingga 17 tahun untuk datang ke sebuah rumah di selatan Ottawa sebelum menculik mereka dan membawa remaja itu ke tempat lain.

Gadis-gadis yang diculik itu kemudiannya dipaksa menjadi pelacur.

Kegiatan itu dikesan berlaku pada penghujung bulan lalu serta awal bulan ini dan semua mangsa telah berjaya dikesan.

Dua gadis berkenaan bagaimanapun menerima padahnya apabila mereka ditangkap minggu lalu dan akan berdepan beberapa tuduhan termasuk menjalankan pelacuran, merompak, serangan seksual, ugutan dan penculikan.

Polis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada suspek mengenali mangsa mereka, namun kebanyakannya dikenali melalui laman web sosial.

Sementara ibu kepada salah seorang suspek berkata, dia terkejut dengan tuduhan yang dikenakan ke atas anak perempuannya itu .

Sambil menafikannya, dia memaklumkan jika benar anaknya menculik gadis remaja lain untuk dijadikan pelacur, dia pasti akan tahu mengenainya.

Dalam pada itu, seorang wanita yang menetap di kejiranan melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu, dan menyifatkan rangkaian pelacuran itu sebagai sesuatu yang gila.

“Saya tidak dapat percaya bagaimana gadis semuda itu boleh bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan,’’ katanya.

Siasatan yang dijalankan pihak polis dijangka membawa kepada tangkapan pelanggan pelacur itu.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©