Sanggup Melacur Hanya Untuk Makan McD

Thursday, June 14, 2012 by
Faelyn Ritz

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan aktiviti pelacuran kanak-kanak setelah cuba untuk berdagang seks untuk mendapatkan makanan.

Faelyn Ritz, 18, dilaporkan telah ditangkap selepas dia dan seorang gadis berusia 14 tahun telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan dua lelaki dan sebagai balasannya mereka dapat makan di McDonald.

Menurut laman portal Dailymail.co.uk, pihak berkuasa Arizona telah menghampiri remaja itu selepas melihatnya dan seorang gadis berusia 14 tahun bersama dua orang lelaki sedang membincangkan perjanjian di kawasan Priest and Broadway.

Ketika disoal siasat pegawai berkenaan, Ritz mengakui bahawa dia telah mencapai persetujuan dengan lelaki itu untuk menukar khidmat seksual dan makanan di McDonald pada Mei lalu.

Remaja itu juga mendedahkan bahawa dia telah menjadi pelacur sejak usia 15 dan mengenakan caj sekitar RM600 sejam untuk perkhidmatannya.

Ritz berkata, dia berkenalan dengan gadis berusia 14 tahun itu melalui seorang kawan, namun tidak mengetahui umurnya sehingga mereka masuk ke sebuah bilik di sebuah motel berhampiran.

Menurut keterangannya lagi, dia dan gadis itu telah bersetuju pada ketika itu untuk melacur untuk dibelanja di restoran makanan segera tersebut.

Lebih mengejutkan, Ritz juga merancang untuk mengambil sebahagian wang gadis 14 tahun itu hasil daripada kerja pelacuran.

Faelyn Ritz kemudiaanya ditahan di sebuah penjara di Tempe bagi tindakan perundangan terhadap kesalahan itu.