Nenek Cedera Diserang 30 Ekor Monyet Liar

Saturday, April 28, 2012 by
  LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.


ALOR GAJAH: “Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.

“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Oleh Arifin Salleh

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©