MagicScan A4 Pengimbas Paling 'Kecil' Dan Paling 'Sempoi'

Sunday, March 25, 2012 by



Kini mesin pengimbas (scanner) tidak lagi seperti tahun-tahun yang dulu. Pengimbas sekarang semakin kecil, semakin ringan bahkan boleh beroperasi menggunakan bateri AA saja. Kali ini kami bawakan kepada Anda MagicScan A4, sebuah scanner untuk mengimbas lalu menyalin dokumen bercetak, gambar, tulisan tangan, imej bercetak atau simply kad jemputan kawin sahabat baik Anda untuk diupload ke Facebook sebagai tontotan rakan-rakan online.

MagicScan ditawarkan di pasaran pada harga biasa di Malaysia sebanyak RM499, yang bestnya Anda boleh gunakannya untuk mengimbas apa saja ketika ‘on the go’, ketika di rumah atau ketika dipejabat. Tak perlu cari plug elektrik kerana Magic Scan beroperasi menggunakan bateri saiz AA atau melalui aliran elektrik dari sambungan kabel USB dari laptop Anda. Ada tiga warna pilihan – Biru, Merah, Hitam. Sinar pengimbas yang keluar dari scanner ni selamat dan tidak membahayakan.




Setiap dokumen/kertas yang discan akan ditukar ke format .jpg dalam bentuk gambar atau ke format .pdf iaitu Printable Digital Format, Anda perlukan software Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail format PDF tu nanti. Magic Scan tidak ada memori dalaman sebaliknya ia mempunyai slot untuk Anda memasukkan memory card MicroSD dalam apa jua kapasiti. Setelah scan, simpan kemudian susun kedudukannya ke dalam folder di laptop Anda.

Cara penggunaan paling ngam adalah hidupkan masukkan dulu kad memori MicroSD, hidupkan MagicScan, ambil dokumen yang mahu di imbas (misalnya majalah), imbas dokumen tu, offkan Magic Scan kemudian sambungnnya ke laptop melalui kabel usb yang disediakan. Semudah itu!

Untuk sambungan ke laptop, MagicScan boleh digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP Service Pack 2, Windows Vista, Windows 7, Mac OS10.4 dan ke atas. Tiada proses installation diperlukan. Cuma cucuk kabel usb MagicScan kemudian lupakan.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©