Gelagat Penunjuk Perasaan Wanita 'Separuh Bogel'

Friday, February 03, 2012 by
Ditahan: polis Switzerland menangkap seorang aktivis dari FEMEN semasa protes separuh bogel yang dilakukan oleh mereka.

TIGA orang wanita ditahan hari ini kerana menunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel di hadapan sebuah kompleks di Ukraine dimana Forum Ekonomi Dunia dijalankan setiap tahun.

Ketiga-tiga wanita itu yang hanya berseluar tanpa pakaian sehingga menampakkan buah dada dan menconteng badan mereka dengan kata-kata bagi memprotes kemiskinan.

Mereka mengugut ingin memecah masuk ke dalam perhimpunan yang hanya dihadiri oleh CEO dan pemimpin-pemimpin politik untuk mendesak perhatian diberikan kepada keperluan penduduk miskin dunia.

Dalam keadaan hujan salji, ketiga-tiga wanita Ukraine itu nekad melalui perjalanan rumit ke bandar peranginan Switzerland di Davos yang dikawal ketat, menanggalkan pakaian mereka dan memanjat pagar untuk menceroboh forum itu sebelum ditahan.


Aksi seorang aktivis semasa protes terhadap Forum Ekonomi Dunia di pusat peranginan di Davos, Switzerland.  

Pertembungan anggota-anggota kumpulan FEMEN dengan polis Switzerland semasa protes pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia, WEF 42, di Davos
 


Jurucakap polis Davos Thomas Hobi berkata ketiga-tiga wanita dibawa ke balai polis dan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk melakukan demonstrasi. Mereka akan dibebaskan tidak lama lagi.

Kami datang ke sini ke Davos, Switzerland untuk menjelaskan kedudukan semua orang miskin di dunia, untuk menjelaskan bahawa kami adalah miskin kerana orang-orang kaya yang kini duduk senang lenang di dalam bangunan dan kami terus-terusan miskin tanpa dibela, "kata penunjuk perasaan Inna Schewcenko.

Wanita-wanita ini merupakan anggota aktivis-aktivis kumpulan Femen, yang telah menjadi popular di Ukraine untuk menganjurkan protes kecil dengan cara separuh bogel untuk mengetengahkan pelbagai isu termasuk penindasan-parti politik pembangkang.

Mereka juga telah menjalankan bantahan di negara-negara lain.

Mereka disertai oleh penunjuk perasaan dari kawasan yang berbeza dan mejalankan demonstrsi terancang, yang bermula dengan penentangan terhadap amalan di Wall Street, yang berarak secara berasingan menuju kawasan perhimpunan tersebut.

Ketika demonstrasi berlaku, penunjuk perasaan diberiakan peluang untuk mengemukakan ketidak puasan hati mereka dan berlaku komunikasi dua hala. Selepas itu, forum dilanjutkan semula dan pada sidang kemuncak itu, ketua perdagangan PBB menggesa pemimpin global memberi tumpuan lebih lanjut mengenai mengurangkan ketidaksamaan di seluruh dunia daripada sentiasa mencari cara untuk menenangkan pasaran kewangan.

Supachai Panitchpakdi, ketua Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengulas mengenai Perdagangan dan Pembangunan, dan menyimpulkan bantahan di forum dan di seluruh dunia untuk menyerlahkan jurang perbezaan yang semakin meningkat di antara orang-orang muda yang menganggur dan kecewa, yang tidak mempunyai suara manakala golongan atasan terus mendapat gaji yang besar.

Beliau berkata, "Hari ini kita melakukan apa saja untuk menstabilkan pasaran kewangan dan anda boleh melihat pasaran kewangan semakin meningkat, tetapi mereka tidak menyumbang kepada ekonomi sebenar. Mereka menyumbang kepada diri mereka sendiri dan untuk kepentingan masing-masing.


Sumber: Daily Mail

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©