Bot Tempur TLDM Yang Hilang Berjaya Ditemui

Monday, October 06, 2014 by

 
Sebuah bot tempur
CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah sudah berjaya dikesan kedudukannya.

“Bot CB204: (Kapal pencari) KD Ganas terima panggilan distress daripada bot jam1500. Bot hadapi masalah enjin dan steering gear.

“Bot berada 30nm SE Stn Uniform,” tulis Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di Twitter sebentar tadi.

Bernama awal pagi tadi melaporkan bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam kenyataannya, Aziz dilapor berkata, bot itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan.

Operasi mencari dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu.

Sementara itu menurut laporan akhbar Harian Metro, isteri Leftenan Azri Bakar yang juga seorang pegawai TLDM telah mengesahkan semua tujuh kru dan bot tempur CB204 TLDM berjaya ditemui dalam keadaan selamat berdekatan KOM Sinar Sakti, petang ini, kata kakak kepada Lt Azri, Noor Zainon.

Difahamkan, usaha membawa pulang anggota TLDM yang ditemui itu ke darat sedang berlangsung ketika ini.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©