Pierre Vogel (tengah) di lahirkan pada 20 Julai 1978 di
Frechen.Merupakan seorang ustaz,penceramah bebas,pendakwah dan merupakan
bekas peninju professional.
Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam,beliau dengan lantang dan berani menjawab :
" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang islam?
Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang islam ?
Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?
Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?.
Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?
Siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?
Siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??
TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!
Sebelum itu,hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik.Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti diatas mereka akan di sebut sebagai penjenayah,tapi jika orang muslim yang kesalahan seumpama nya,di sifatkan sebagai pengamal terrorisme,pengganas,pemberontak !!
Oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan,anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS / TERRORIST !''
- Pierre Vogel-
SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL.
Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen.Merupakan seorang ustaz,penceramah bebas,pendakwah dan merupakan bekas peninju professional.
Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk Islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya kepa Abu Hamza dan setelah memeluk Islam,beliau mempelajari agama Islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.
Sekembali nya beliau ke Berlin,Jerman pada tahun 2006,beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln,di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.
Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata. Sepanjang perjalanan beliau berdakwah,terlalu banyak kecaman, ancaman, fitnah, kritikan yang keterlaluan, sabotaj, dan pelbagai hinaan di terima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat Islam dan Islam dan juga kerana dakwah beliau, namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.
Pesan Berpesan Sesama Kita
Tak Perlu Meminta Izin..
Silakan Share & Sebarkan serta tag teman anda di foto ini,
Semoga Ianya Membawa Manfaat Bersama Bro...
Kredit: FB Ce Habaq
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©