“Ini dia, kotak hitam,” ujar Borodai kepada hadirin di
dalam sebuah bilik yang dipenuhi wartawan di ibupejabat Republik Rakyat
Donetsk.
Kadang-kala, diam itu lebih perlu dan tindakan lebih bernilai daripada kata-kata.
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat kenyataan di TV Malaysia daripada kediamannya pada tengah malam tadi, harapan bagi khabar melegakan daripada tempat pesawat MH17 terhempas bersama 298 penumpang dan anak kapalnya masih samar-samar.
Najib bagaimanapun mengejutkan ramai pemerhati apabila mengumumkan kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Alexander Borodai, komander puak pemisah Donetsk, Ukraine.
“Kita bekerja di belakang tabir, bagi menjalin komunikasi dengan sesiapa yang berada di tapak nahas itu.“Hubungan dibuat. Dan kita membincangan masalah yang membelenggu: mendapatkan bukti dari pesawat, memulakan siasatan dan membawa pulang mayat mangsa nahas,” katanya.
Mengikut perjanjian, kerajaan Malaysia akan dipulangkan dua Kotak Hitam pesawat Boeing tersebut; diberi laluan selamat bagi memulakan siasatan antarabangsa bebas di tapak nahas dan mayat mangsa dikembalikan ke pangkuan keluarga yang menanti.
Perjanjian ditandatangani Isnin lalu, walaupun ada pihak yang tidak bersetuju rundingan dibuat dengan pemberontak. Akhbar New York Times berkata “ia merupakan kejayaan yang tidak mampu dicapai negara-negara kuasa besar dunia”.
“Ada masanya saya ingin menyuarakan kemarahan dan kesedihan yang dirasai rakyat Malaysia...tetapi, kita perlu bekerja secara senyap mencapai hasilnya.
“Saya faham bagi keluarga, tiada apa dapat menyembuhkan mereka. Nyawa tidak dapat dikembalikan, maruah tidak dapat ditebus kembali...Kita harap dan berdoa persetujuan dicapai malam ini akan membawa kepada pengakhiran,” ujar Najib.
Beliau bagaimanapun nampak berhati-hati serta menggesa semua pihak terus berusaha memastikan perjanjian dihormati supaya siasatan dapat dimulakan.
“Kerja masih belum selesai dan ia bergantung komunikasi dan sikap mempercayai. En Borodai dan orangnya telah memberi kerjasama.
“Kita perlu tahu apa yang menyebabkan pesawat terhempas, dan siapa yang bertanggungjawab...Hanya dengan cara itu mangsa mendapat keadilan,” ujarnya.
Mayat 282 penumpang telah dibawa menaiki keretapi di Kharkiv dengan diiringi enam ahli pasukan penyelamat Malaysia, sebelum diserahkan kepada wakil dari Belanda.
Ia akan diterbangkan ke Amsterdam dengan Hercules C130 sebelum dihantar pulang ke Malaysia selepas kerja forensik.
Borodai dilapor Reuters memulangkan dua kotak hitam kepada Kol Mohamed Sakri dari Majlis Keselamatan Kebangsaan Malaysia.
“Ini dia, kotak hitam,” ujar Borodai kepada hadirin di dalam sebuah bilik yang dipenuhi wartawan di ibupejabat Republik Rakyat Donetsk.
Berdasarkan laporan, kemungkinan Republik Rakyat Donetsk dianggap berpotensi menjadi negara berdaulat oleh Malaysia.
Sakri mengucapkan terima kasih kepada Borodai dan memanggilnya “Yang Teramat Mulia”.
Ketiadaan pihak berkuasa Belanda di sidang media itu turut menggambarkan hubungan renggang di antara Eropah dan Russia.
Malaysia mungkin negara berkecuali di dalam tragedi ini yang mampu berunding dengan puak pemisah tanpa sebarang agenda tersembunyi.
Tindakan Najib selari dengan hasrat Malaysia agar terdapat pengakhiran kepada tragedi ini di mana jenazah para penumpang dapat disemadikan.
Malaysia mungkin tidak memikirkan konflik Ukraine dengan Russia yang turut melibatkan kepentingan negara-negara lain.
Perdana Menteri Australia Tony Abbot bagaimanapun berkata: “Selepas jenayah berlaku penutupan”, yang bererti puak pemisah mahu menyembunyikan pelbagai perkara berhubung tragedi tersebut.
Peranan Malaysia di dalam siasatan selanjutnya juga tidak dapat dipastikan terutama di dalam membongkar siapa dalang di sebalik terhempasnya MH17.
Duta Russia ke Kuala Lumpur Lyudmila G Vorobyeva ketika sidang akhbarnya pagi tadi enggan mengulas samada Moscow menjadi orang tengah di dalam rundingan Kuala Lumpur dan kumpulan pemberontak tersebut.
MalaysiaKini memetik Vorobyeva berkata: “Amat sempurna serta konstruktif bagi Malaysia menjalin hubungan yang mampu merungkai situasi ini.”
Dewan Rakyat akan bersidang pada Rabu ini bagi membincangkan usul mengutuk serangan yang berakhir dengan tragedi pada 17 Julai lalu.
Oleh Alyaa Alhadjri
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©