TINGGAL kenangan gambar arwah Nurhidayah bersama suami dan anak.
Kuala Lumpur: Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, berlaku di sebuah rumah di Lot 18, Kampung Petaling Bahagia, Puchong dekat sini malam kelmarin.
Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11 tahun lalu.
Tragedi menyayat hati itu menimpa Nur Hidayah A. Ghani, 28, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati si suami apabila isterinya itu mahu menuntut cerai.
Menceritakan kejadian itu, kakak mangsa, Ummi Kalsom berkata, adiknya menerima nasib malang selepas melahirkan anak sulung yang kini berusia 10 tahun dan kurang upaya.
“Keadaan anak sulung mereka bukan penyebab utama arwah dibelasah, namun tabiat suaminya yang ketagih dadah dan arak selain panas baran menyebabkan adik saya menjadi mangsa belasahannya.
“Arwah sering melarikan diri ke rumah keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Puchong, namun suaminya pandai memujuk dan membawanya pulang ke rumah” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.
Wanita berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah terdapat kesan lebam yang baharu dan lama di seluruh badan mangsa.
“Kami kini dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.
Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian, tambahnya.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©