"Paluan Berundur" Untuk Tan Sri Ismail Omar..Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung..

Thursday, May 16, 2013 by

Tan Sri Ismail Omar sedang membalas tabik hormat dalam upacara perbarisan "Paluan Berundur" di Dataran Kawad Pulapol pagi tadi.


 
Tan Sri Ismail Omar kelihatan sebak semasa diraikan oleh
kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol.




Tan Sri Ismail Omar bersalaman dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menyerahkan dokumen serah tugas sempena Majlis Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Negara di Pulapol hari ini.

 Gambar Kenangan..Tan Sri Ismail Omar sedang berdoa semasa menangani ancaman pengganas Sulu di Sabah awal Mac lalu begitu menyentuh perasaan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.


KUALA LUMPUR - Tan Sri Ismail Omar hari ini menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan secara rasmi memulakan tugas barunya sebagai peneraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok.
  
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.
  
Ismail, yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.
  
Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara Khalid dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa esok.
  
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM.
    
Menurutnya, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat menerajui PDRM tidak akan dilupakan, terutama dalam menangani ancaman pengganas di pantai timur Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.
  
Saya amat berpuas hati dengan pencapaian PDRM terutama dalam soal menurunkan indeks jenayah.


Cabaran menangani pencerobohan bersenjata tentera militan Kiram di Lahad Datu, Sabah adalah kenangan sukar dilupakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyambut ulang tahun ke-60, hari ini.

Ismail berkata, lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna semasa serangan pengganas awal Mac lalu.

Katanya, kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) meliputi 1,400 km daripada pantai timur Sabah untuk memastikan keselamatan di negeri itu.

Keupayaan Ismail diuji sekali lagi semasa menjaga keselamatan sejak Parlimen dibubar sehingga PRU13.

Dalam tempoh kempen sehingga hari pengundian pada 5 Mei, Ismail berjaya memastikan pengundian lancar, walaupun berlaku insiden kecil.  

Terdahulu, ketibaan Ismail pada kira-kira 8.30 pagi disambut dengan persembahan kumpulan pancaragam PDRM serta kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol.
  
Sepanjang kariernya di PDRM, Ismail pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996) dan Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005).
  
Jawatan lain ialah Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010).

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©