Khairy Jamaluddin Sinar Baru Bolasepak Negara

Friday, May 17, 2013 by



Kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan bakal memberi sinar kepada bolasepak negara untuk terus berkembang di pentas lebih tinggi.

Pandangan itu disuarakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyambut baik pelantikan Khairy menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Tahniah diucapkan kepada beliau. Ia petanda baik kepada kami kerana sebelum ini beliau turut terbabit secara langsung dalam badan induk bolasepak negara sebagai Timbalan Presiden FAM,” kata Hamidin.

Hamidin yakin bekas orang nombor dua FAM selama tiga tahun bermula 2007 adalah individu paling layak membantu pembangunan bolasepak tempatan terutamanya dalam meletakkan skuad negara ke tahap lebih membanggakan.

“Beliau amat memahami permasalahan tentang apa yang perlu FAM lakukan terutamanya bantuan daripada KBS dan ia akan lebih menyenangkan proses situ. “Saya turut berpandangan Khairy akan terus membantu FAM, tambah lagi dalam usaha FAM menerusi Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membida hos Piala Dunia 2034,” katanya.

Khairy turut pernah mencetuskan rancangan realiti televisyen bolasepak apabila mewujudkan MyTeam dengan mengumpulkan pemain tidak dikenali untuk diasah bakat dan skuad terbabit pernah menentang skuad kebangsaan. Skuad terbabit yang turut menyertai Liga Perdana dan Super berjaya menjadi medan melahirkan bakat bolasepak negara seperti pemain pertahanan Felda United Azmi Muslim, pemain T-Team G Mahadevan dan penjaga gol Pahang Rosfaizul Azuar Ali.



KHAIRY keluar dari perkarangan Istana Negara selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Yang DiPertuan Agong, semalam.



Daripada Azlan Muhammad Zain di Male, Maldives

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©