14 Cedera Terkena Letupan Bom Di Sun Complex, Bukit Bintang

Thursday, October 09, 2014 by
 ANGGOTA polis berkawal di luar sebuah kompleks di Jalan Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur selepas berlaku letupan pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera selepas satu letupan berlaku di kawasan di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang di sini, pagi Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.


 

ANGGOTA polis forensik melakukan siasatan di lokasi letupan yang mengakibatkan seorang parah dan 14 lagi cedera dalam kejadian di Jalan Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.


Dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut. Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin. Manakala seorang joki kereta dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©