Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dicabul Empat Lelaki Bertopeng

Saturday, September 20, 2014 by



BERA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima dilarikan sebelum dicabul empat lelaki bertopeng di sebuah rumah kosong di Kemayan pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun bangun dari tidur untuk ke tandas di luar rumahnya sebelum beliau dikepung empat lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata seorang daripada lelaki itu kemudian menutup mata dan mulut mangsa dengan kain dan melarikannya dengan motosikal.  

"Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong kira-kira 500 meter dari rumahnya dan  keempat-empat lelaki itu mencabulnya di situ," katanya kepada pemberita disini.

Pelajar itu kemudian ditinggalkan di rumah itu sebelum beliau pergi ke rumah ibu saudaranya pada 4 pagi.

Susulan kejadian itu, ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bera pada 8.08 pagi tadi.

Zul Haizal berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bera untuk rawatan dan polis akan mengambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


(Kredit: mStar Online)

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©