Pengantin Separuh Bogel Di Ipoh Mengaku Salah

Wednesday, August 27, 2014 by
Low Kah Wai (kiri) dan How Jo Yee semasa hadir di Mahkamah Majistret, Ipoh. 


IPOH – Dua model yang berpakaian separuh bogel ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh di sini kelmarin, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Majistret Haslinda A Raof mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh lelaki, Low Kah Wai, 27, dari Petaling Jaya, Selangor dan tertuduh wanita, How Jo Yee, 21, dari Marang, Terengganu selepas mereka mengaku salah.

Mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di lampu isyarat dan berdepan Bank CIMB di jalan berkenaan pada jam 9 pagi 25 Ogos 2014.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 KK yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof yang mendengar kes itu menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu, lapor akhbar berkenaan.


Inilah gambar yang menjadi 'Viral' di laman media sosial memaparkan aksi Low Kah Wai dan How Jo Yee semasa sesi fotografi dalam keadaan separuh bogel di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof, Ipoh, Perak pada 25 Ogos.


Isnin lalu penduduk setempat di kawasan itu terkejut dengan tindakan dua model memperagakan pakaian dalam kerana berada dalam keadaan separuh bogel sedang mengadakan sesi fotografi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita tersebut hanya memakai bikini berwarna putih dan kain layah ala pengantin manakala pasangannya memakai seluar panjang berwarna hitam tanpa baju.

Tindakan dua model itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan untuk melihat mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Andrew Soong.

Peguam tertuduh memberitahu mahkamah kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Sementara itu, pengurus sebuah galeri perkahwinan yang menganjurkan sesi fotografi dua model berkenaan memberitahu akhbar Utusan Malaysia, ia adalah penggambaran biasa.

Penganjur tersebut yang enggan didedahkan namanya berkata penggambaran menampilkan dua model berpakaian separuh bogel itu adalah sebahagian daripada kreativiti mereka.

Katanya, dia terkejut dengan reaksi orang ramai selepas gambar itu tersebar dalam media sosial.

"Reaksi keterlaluan orang ramai itu kerana mereka tidak biasa melihat wanita berbikini dan berjalan di jalan raya. Bagaimanapun, itu hak mereka untuk mengkritik," katanya kepada akhbar itu.

Jurugambar profesional sejak 20 tahun lalu berkata, dia memilih lokasi fotografi di laluan berkenaan kerana ia bersesuaian dengan konsep dan tema yang ingin ditampilkan.


0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©