Pengguna menggunakan Galaxy Note 8 pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona, baru-baru ini.
TIDAK cukup dengan kemunculan Samsung Galaxy Note II yang terbaru, kini Samsung kembali menggegarkan dunia gajet pintar dengan Galaxy Note 8.0 pula.
Biarpun bahang kehangatan Galaxy Note II masih dirasai, fenomena tersebut tidak mempengaruhi syarikat elektronik gergasi tersebut untuk terus memperkenalkan inovasi terbaru mereka.
Tablet Galaxy Note 8.0 diperkenalkan dengan pelbagai kelebihan dan juga ciri-ciri yang telah dinaik taraf.
Peranti terbaru tersebut juga merupakan penerusan delegasi teknologi pintar Note bagi tablet pada saiz medium yang diperkenalkan oleh Samsung pada tahun 2010.
Menurut Presiden IT dan Bahagian Komunikasi Mobil, Samsung Electronics, JK Shin, keputusan memperkenalkan Samsung Galaxy Tab dengan paparan bersaiz tujuh inci tiga tahun dahulu kini membuka lembaran baru buat dunia komunikasi mudah alih
''Berikutan permintaan yang tinggi untuk produk tersebut, Samsung terus melibatkan diri di dalam sektor tersebut.
"Kini, Galaxy Note 8.0 memberikan nafas baru kerana peranti ini menawarkan segala kelebihan yang diperlukan pada masa kini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Galaxy Note 8.0 atau Note 8.0 merupakan pelopor kepada peranti yang lebih mesra pengguna, bersaiz poket yang mana mampu memberikan keceriaan dalam kehidupan seharian sama ada untuk kegunaan kerja mahupun keperluan untuk berhibur.
Antara kelebihan Note 8.0 adalah tawaran solusinya yang inovatif seperti pilihan tetingkap pelbagai (multi-window) untuk memisahkan paparan skrin lapan inci kepada beberapa paparan lain dalam masa yang sama.
Manakala, teknologi pintar S Pen juga bakal memudahkan tugasan mencipta, menyunting, mengurus serta berkongsi dokumen seharian.
Lebih nipis dan kompak, Note 8.0 dilihat cukup sempurna untuk memenuhi syarat peneman on-the-go untuk aktiviti pekerjaan dan juga hiburan.
Direka untuk menyimpan dan menguruskan kecekapan data personal anda, peranti era baru tersebut menawarkan kepada pengguna peralatan organisasi atau pengurusan bersaiz poket yang hands-on.
Contohnya aplikasi Practical S Note dan S Planner membantu menguruskan tugasan harian termasuk nota minit mesyuarat, senarai tugasan malah diari peribadi anda.
Note 8.0 juga turut dilengkapi kandungan serta perkhidmatan yang terbaru seperti, chat-On yang telah dipertingkatkan menawarkan kemudahan berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas dan perbualan berkumpulan dalam format yang pelbagai seperti imej, video, suara dan juga hubungan (contacts).
Malah, aplikasi terbaru bagi Note 8.0 adalah penggunaan aplikasi yang pelbagai tanpa perlu menutup aplikasi lain seperti Memo, Diary dan senarai mesti ingat (must-remember list).
Era baru penggunaan pen pintar S Pen adalah apabila pen tersebut tidak lagi perlu menyentuh skrin.
Penggunaan aplikasi Air View menjadikan S Pen hanya perlu terawang-awang sahaja di atas paparan skrin untuk melihat pra tonton video, e-mel, gambar dan juga temujanji pada aplikasi S Planner tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.
Manakala kelebihan S Pen Gesture membolehkan anda menyunting imej dan kandungan dengan lebih mudah bersama Paper Artist dan Photo Note.
Malah, buat pertama kalinya dalam katogeri Galaxy Note, anda boleh menggunakan S Pen untuk mengawal butang fizikal menu atau back menerusi teknologi WACOM.
Seterusnya aplikasi Dual View yang membolehkan pengguna Note 8.0 membuka dua tetingkap pelbagai guna sekali gus.
Contohnya anda boleh membuka S Note di skrin paparan laman web dan dalam masa yang sama mengecilkan, menyeret, serta memadamkan kandungannya mengikut kehendak pengguna.
Pop- Up Note pula membolehkan pengguna membuka aplikasi S Note pada bila-bila masa untuk memerhatikan mana-mana indak balas kekunci walaupun sedang melayari laman web.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.samsungmobilepress.com.
Bagus Samsung Galaxy Note 8.0 nie...terlalu banyak guna dan banyak specs yang tidak rugi dimiliki pengguna2.
ReplyDeleteBerbanding iPad Mini langsung tak boleh buat apa2, cuma dapat guna kalau ada WiFi free. Note 8.0 ini melakukan lebih daripada itu - boleh dibuat smartphone kalau phone kita rosak/hilang dan lakukan tugas2 pejabat.
Tak rugi beli walaupun harga lebih RM1,500 pun!