Lelaki Bakar Diri Kerana Putus Cinta Dengan Isteri Orang

Saturday, March 30, 2013 by
Jenazah Mochamad Zikra telah dikebumikan berdekatan kediamannya di Kelurahan Susukan, Kecamatan Ciracaas, Jakarta Timur. 

 

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia yang gagal meneruskan percintaan dengan seorang rakan sekerja wanitanya yang sudah berkahwin telah bertindak membakar dirinya sendiri di pejabat mereka, menurut polis dan media semalam.

Ketika kejadian, lelaki tersebut, Mochamad Zikra, 30, cuba menarik rakan sekerja wanita itu mendekati dirinya semasa api menyambar tubuhnya.

Jurucakap polis, Rikwanto berkata, Mochamad merupakan seorang pekerja di PT Indah Kargo Logistik, Jalan Haji Karim, Setu, Cipayung, Jakarta Timur telah menyimbah dirinya dengan minyak petrol sebelum membakar dirinya pada Rabu lalu.

Media tempatan melaporkan bahawa dia cuba menarik anggota badan wanita yang dicintainya itu, Santi Diosaka Gumelar, yang berusia 26 tahun mendekatinya supaya badan mereka disambar api.

Bagaimanapun, seorang pekerja wanita lain bertindak cuba menghalang Santi daripada turut terbakar bersama Mochamad.

“Kedua-dua wanita itu berjaya melepaskan diri daripada dirangkul Mochamad dan mereka kemudian melarikan diri keluar dari pejabat. Badan kedua-dua wanita tersebut turut melecur,” kata Rikwanto.

Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Mochamad kemudian diisytiharkan meninggal dunia.

Menurut maklumat yang dipetik dari Komhukum.com, Santi yang sudah memiliki suami ini telah menjalinkan hubungan percintaan dengan Mochammad Zikra. Tetapi lama kelamaan Santi sendiri merasa takut jika perhubungan istimewa mereka dapat dihidu oleh suaminya.Untuk mengelakkan hubungan istimewa mereka berdua itu sampai kepengetahuan suami, Santi telah meminta Mochammad Zikra menjauhkan diri daripadanya.

Mochammad Zikra yang amat kecewa dengan permintaan Santi itu dan beliau masih berusaha untuk mempertahankan hubungan percintaan mereka itu kerana beliau masih menyayangi Santi, tetapi akhirnya Mochammad Zikra hilang pertimbangan dan terjadilah insiden membakar diri itu.

“Kami mengesyaki ia membabitkan masalah percintaan,” kata jurucakap polis itu.

Seorang ketua detektif polis di Jakarta Timur, Entong memberitahu akhbar The Jakarta Globe, Mochamad telah bercinta dengan Santi selama dua tahun.

“Disebabkan telah berkahwin, Santi menolak Mochamad,” kata Entong.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©