Gempar!! Penulis Terkenal Rogol 5 Wanita

Saturday, March 30, 2013 by
 Laxman Mane



New Delhi: Seorang penulis yang pernah memenangi anugerah kini melarikan diri selepas lima wanita yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah amal menuduhnya merogol mereka, kata polis semalam.

Laxman Mane, 63, gagal dikesan sejak wanita terbabit membuat aduan pada awal minggu ini.

Menurut mereka, Mane merogol mereka berkali-kali antara 2003 hingga 2010 dan kebanyakan insiden itu berlaku di premis sekolah berkenaan di Maharashtra.

Pegawai polis daerah Satara, Amol Tambe berkata, Mane melarikan diri sejak kes pertama difailkan dibawah Indian Penal Code Sec. 376 pada tengah malam Isnin lalu. “Aduan baru difailkan pada Rabu dan sepasukan polis diarah mengesan penulis terbabit,” katanya.

Dalam pada itu keluarga Laxman Mane telah menafikan tuduhan yang dikenakan keatasnya dan mendakwa beliau telah diperangkap dengan tuduhan palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

Mane adalah presiden eksekutif sebuah yayasan yang menguruskan sekolah untuk kanak-kanak tidak bernasib baik itu.Mane juga merupakan penerima 'Anugerah Sahitya Akademi' pada tahun 1981 dan 'Anugerah Padma Shri' pada tahun 2009, yang dianggap antara pengiktirafan tertinggi di India di atas sumbangannya kepada kesusasteraan pada 2009.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©