Cara Untuk Selesaikan Masalah Blacklist PTPTN

Friday, February 15, 2013 by



Benda ni akan terjadi bagi rakan-rakan yang bakal keluar negara. Yang rasa tak nak keluar negara tu rasanya memang takambil port pun pasal senarai hitam Imigresen disebabkan tak bayar PTPTN ni. Tapi tak salah pun kalau nak tahu macam mana nak selesaikan masalah tersebut.

Untuk menyemak nama korang ni tersenarai hitam di dalam Imigresen ikuti langkah berikut:

  1. Klik di sini untuk menyemak nama anda
  2. Klik butang Semak
  3. Masukkan No. K/P anda, dan tekan Semak
  4. Sekiranya ada ayat yang mengatakan sila berurusan dengan Jabatan Imigresen, itu bermakna anda telah disenaraihitamkan. Jika ayatnya “Tiada Halangan” maka bebaslah korang ke luar negara.

Terkena senarai hitam??Mesti berderau darah korang bila kena blacklist. Tambah-tambah sebab kerja. Memang kena pergi buat dengan segera. Lagi la tak tenang hati korang. So, bagaimana nak menyelesaikannya. Meh aku cerita sedikit sebanyak prosedurnya

1. Siapkan dokumen yang dikehendaki
    -Surat Rayuan (Korang buat sendiri)
    -Download di sini    

    -Slip Gaji 2 bulan terkini
   - Penyata Terkini KWSP

2. Pergi ke Ibu Pejabat PTPTN (Dah sampai naik tingkat 6)
-Alamat :
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI  NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

3. Ambil nombor giliran dan serahkan dokumen yang diperlukan
-time ni korang akan berunding dengan pegawai yang bertugas mengenai baki tunggakkan, cara pembayaran dan sebagainya.
-Bagi korang yang tiada duit untuk bayar penuh, korang boleh buat bayaran pendahuluan dan kemudian mohon untuk bayar selebihnya melalui KWSP (tapi akaun ke-2 kena cukup la nak bayar habis). Nanti kena isi form untuk dapatkan jumlah tunggakkan korang tu. PTPTN akan post ke rumah korang. Disamping tu, korang kena ada Surat Akujanji semasa korang mintak pinjaman dulu. Kalau takde, korang boleh request nak tapi kena caj RM90. Step ni untuk yang nak bayar dengan KWSP
-Selepas di persetujui, borang akuan akan diberikan kepada korang tentang cara bayaran yang bakal korang buat. Contoh borang tu boleh tengok di sini

4. Buat bayaran pendahuluan/tunggakan & bayaran bulanan
-korang akan diarahkan untuk membuat bayaran pendahuluan/tunggakkan(nanti korang akan dapat list cara buat bayaran, bukan bayar di kaunter) dan korang perlua buat bayaran bulanan sama ada direct dari majikan korang ataupun melalui potongan dari bank korang. Kalau potongan bank, hanya bank dimana korang buka akaun tu je yang boleh buatkan potongan untuk PTPTN tersebut.

5. Kembali ke kaunter untuk serahan resit bayaran pendahuluan/tunggakkan & bukti bayaran bulanan telah dibuat

-bila dah settle urusan bayaran korang tu, balik semula ke Ibu Pejabat tu dan serahkan bukti korang dah buat semua tu. Korang boleh la suruh pegawai yang bertugas untuk clearkan nama korang dekat Imigresen tu. Dorang boleh update immediately dari system dan korang boleh ke luar negara.

Semua ni boleh settle dalam masa 1 hari. Janji dah prepare wang pendahuluan tu dan bekejar-kejar untuk menyiapkan dalam masa 1 hari. Bagi korang yang tak urgent tu, buat je request untuk potongan KWSP kalau tak mampu. Just request jumlah tunggakkan, kemudian hantar dokumen yang diperlukan pada KWSP. Nanti dorang akan bagi cek terus ke PTPTN untuk settle tunggakkan tersebut. Ikut dalam website, proses ambil masa 21 hari.


Kredit: Sumber

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©