Penganggur Iklankan Diri Sendiri Pada Billboard Untuk Mencari Kerja

Friday, January 11, 2013 by
Adam Pacitti berdiri di depan Billboard yang mengiklankan dirinya sendiri dalam usahanya untuk mendapatkan pekerjaan.




Dia sanggup menghabiskan £ 500 terakhirnya selepas buntu mendapatkan jawatan kosong untuk diisi.Dia akhirnya bertindak mengiklankan diri sendiri pada sebuah papan tanda besar dalam usahanya untuk mendapatkan kerja kosong tersebut..Mungkin ini merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan.

Adam Pacitti yang juga seorang penganggur, 24, menghabiskan wang terakhir £ 500 miliknya dengan menghasilkan sebuah papan iklan dalam usaha terdesaknya untuk mendapatkan pekerjaan.

Dia bertindak sedemikian setelah gagal mendapatkan kerja setelah menghantar begitu banyak borang permohonan mencari kerja.

Adam yang tinggal bersama keluarganya di Isle of Wight berkata, beliau telah terpaksa untuk tampil melakukan suatu pendekatan yang luar biasa selepas menghabiskan masa enam jam sehari untuk mengisi borang permohonan jawatan kosong.

Akhirnya dia mewujudkan sebuah laman web untuk memudahkannya mencari kerja kosong .
 Dia turut mengiklankan diri di sebuah papan tanda besar dan juga Twitter dimana dia mula mendapat perhatian ramai dalam masa kurang daripada 24 jam kelmarin.

Selepas tamat pengajian dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam Media Productiondari University of Winchester, dia telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan.

Adam berkata, "selepas saya mengiklankan diri untuk mencari jawatan kosong, saya mendapat kira-kira sepuluh Tweet dalam masa satu jam..Selepas itu telefon saya berdering, dan kini saya telah mempunyai lebih daripada 7,000 Tweet berbicara tentang kerja kosong.


0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©