Jom Kita Kenali Virus, Malware, Trojan Horse, Worm & Spyware

Wednesday, January 09, 2013 by

       
   
Dewasa ini terlalu banyak website yang merbahaya telah muncul di dunia maya untuk memerangkap dan menggodam pengguna-pengguna internet, maksud merbahaya itu adalah kerana sesetengah website tersebut mempunyai virus, malware, trojan horse, worm dan spyware. Jika Antivirus yang kita gunakan dalam komputer tidak kuat,ianya tidak mampu untuk mengesan kehadiran virus-virus tersebut.Oleh itu adalah penting untuk kita supaya sentiasa menggunakan Antivirus yang kuat dan selalu di update.

Ramai yang telah mengetahui secara umumnya makna perkataan virus itu, tetapi masih ramai juga yang tidak mengetahui cara-cara virus ini bekerja semasa menggodam dan merosakkan komputer kita.


Jom kita kenali fungsi-fungsi virus yang berkampung dalam komputer, tablet atau telefon pintar kita itu.


VIRUS
Virus adalah satu ciptaan yang bertujuan untuk menganggu dan merosakan system komputer. Ianya dikatakan antara Malware pertama yang wujud.Virus boleh bersarang di pelbagai jenis fail. Sasaran utama virus adalah file yang mempunyai format seperti EXE, COM, VBS serta ianya juga boleh bersarang di dalam fail dokumen dan  Boot sector  komputer . Penyebaran ke komputer lain boleh dilakukan dengan pemindahan fail atau data dari satu komputer ke komputer yang lain, seterusnya ianya menukar format sesuatu fail sehingga ianya tidak dapat dibuka dan lebih parah komputer gagal beroperasi sepenuhnya.


MALWARE
‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk  tujuan  mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau system pengoperasian. Contoh Malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .

WORM
Worm juga disebut sebagai Cecacing. Kalau virus bersarang pada suatu program atau dokumen,tetapi Worm tidak bertindak sedemikan rupa, ianya merupakan sebuah program yang mampu berdiri sendiri dan tidak memerlukan  sarang untuk merebak dan  tidak memerlukan bantuan orang lain untuk tersebar. Melalui jaringan ianya boleh bertelur terutama jika kurangnya aspek keselamatan ditekankan dalam komputer. Setelah masuk ke dalam suatu komputer, Worm akan mengubah beberapa pengaturan di sistem operasi agar tetap hidup. Kebiasaannya, ia memasukkan diri dalam proses boot suatu komputer dan boleh  mematikan akses ke Antivirus.

TROJAN HORSE

Kuda Horse  adalah malware yang seolah-olah merupakan program yang seakan  berguna, menghibur dan boleh menyelamatkan, Tetapi hakikatnya ianya adalah program yang merosakkan. Trojan Horse hakikatnya merupakan program yang ditunggang oleh Malware lain seperti seperti virus, worm, spyware. Jadi peranan Trojan Horse ialah  digunakan untuk menyebarkan atau mengaktifkan malware tersebut.

SPYWARE
Spyware adalah sejenis program yang bertindak  mengumpulkan dan mengirim informasi / maklumat tentang pengguna komputer tanpa diketahui dan disedari  oleh pengguna komputer itu.
Yang diintip kebiasaanya bermula dari maklumat yang tidak beberapa penting semasa pengguna komputer melayari internet, sehingga lebih parah boleh  mengintip maklumat seperti No. PIN maklumat Bank atau kata laluan emel. Kebiasaanya Spyware akan mencari tempat atau lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti transaksi online atau ruangan chatting atau banyak lagi. Seterusnya maklumat tadi dijadikan batu loncatan bagi Spyware menampilkan  iklan seperti yang berbentuk pop-up, contohnya berbentuk iklan perniagaan dan iklan tawaran-tawaran menarik. Inilah yang dipanggil istilah Adware, dan penyebaran spyware ini mirip kepada Trojan .

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©