Wanita Terjun Jambatan Kerana Rumahnya Dirampas Kerajaan

Tuesday, December 18, 2012 by
Lia Sun nekad terjun daripada jambatan setinggi 50 kaki ke dalam sungai Zhujiang. 


China – Seorang wanita yang kecewa kerana rumahnya dirampas kerajaan telah bertindak nekad terjun daripada jambatan setinggi 50 kaki ke dalam sungai Zhujiang.

Lia Sun, bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Susulan liputan meluas media di seluruh China mengenai insiden berkenaan, pihak berkuasa telah mengadakan siasatan bagi menyiasat dakwaannya.

Sebelum terjun, Lia Sun telah berdiri di tepi jambatan itu selama dua jam sebelum bertindak nekad dengan melepaskan tangannya dan terjun ke sungai.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu percaya dia sekeluarga ditipu apabila bayaran pampasan yang diterimanya selepas tanah mereka diambil alih oleh kerajaan tidak setimpal dengan harga pasaran.

“Selepas kejadian itu, kita telah menghubungi pihak berkuasa tempatan di kampungnya di wilayah Guangdong bagi menyiasat dakwaan tersebut,’’ kata seorang anggota polis.
Ia merupakan kes terbaru melibatkan ketidakpuasan penduduk kampung dengan pegawai kerajaan berhubung pengambilalihan tanah dan bayaran pampasan.

September tahun lalu, penduduk di Guangdong telah diserang oleh pegawai kerajaan selepas mereka membantah tindakan kerajaan mengambil tanah mereka secara paksa.

Sebulan selepas itu, seorang penduduk kampung itu telah meninggal dunia ketika ditahan di lokap polis.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©