Kejam!! Bayi Dibakar Sampai Rentung

Saturday, December 22, 2012 by
KEJAM..beginilah keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar, Johor Bahru semalam.

 

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.



Anggota Unit Forensik polis sedang memeriksa mayat mangsa. 
 

Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©