Gambar Hiasan.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, di sini, Sabtu lalu.
Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.
“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri.
“Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©