Pekerja Indonesia Mati Dihempap Konkrit 40 Tan

Friday, October 19, 2012 by
Anggota bomba melihat bumbung konkrit yang runtuh hingga mengakibatkan seorang buruh maut manakala tujuh lagi cedera di Shah Alam semalam.

Mayat mangsa yang terperangkap dibawa ke hospital.


Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa. 
 

SHAH ALAM – Sekumpulan enam buruh Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila dua orang daripada mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.

Kejadian pukul 4.20 petang semalam di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 di sini itu berlaku ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.

Ekoran runtuhan itu, kesemua mangsa terperangkap di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit.

Difahamkan, banglo enam bilik itu dipercayai milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah.

“Saya hanya nampak kawasan itu dipenuhi habuk selain mendengar jeritan pekerja,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 62, antara saksi awal kejadian anjung sebuah banglo dalam pembinaan dianggarkan berharga RM3 juta yang runtuh, di sini, semalam, menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia terbunuh.

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 itu menyebabkan seorang buruh binaan warga Indonesia,Totok Mochamd Anthony maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan runtuh.

Seorang daripada mangsa putus kaki kanan sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri.Difahamkan pekerja yang putus kaki kanan dikenali sebagai Ghadami.

Kejadian berlaku kira-kira 4.20 petang ketika semua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu.


Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ketika kejadian dia sedang membaca akhbar di rumahnya yang terletak berhadapan banglo yang runtuh itu.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat. Sebaik melihat dari tingkap, saya terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung rumah sedang dibina di depan rumah saya runtuh,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©