Gambar 'Taufan Sandy' Memusnahkan Kota New York

Wednesday, October 31, 2012 by
 Beginilah keadan rumah kediaman yang musnah dan rosak akibat taufan Sandy di Queens, New York.

Beberapa buah kereta tenggelam di New York.


NEW YORK - Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kota raya New York dan menjadikan Sandy sebagai taufan paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga bandar raya yang menjadi ikon Amerika Syarikat itu terputus bekalan elektrik.

Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.


Bangunan Lower Manhattan dalam kegelapan selepas gangguan kuasa yang disebabkan oleh Taufan Sandy di New York Oktober 30, 2012.



 Taufan Sandy juga turut mengakibatkan sebuah kapal tangki sepanjang 170 kaki terkandas di Staten Island, Amerika Syarikat.







Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan.

Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.

Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam.

Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.

Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS.

Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam.

Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.

Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.

Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut.

Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.

Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.

Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion).

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sebuah kompleks apartmen di 38th Street, yang terletak di tengah pulau itu dan bersebelahan dengan East River memaklumkan air hujan memasuki kediamannya sekitar pukul 2 petang kelmarin akibat hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.

"Air hujan masuk melalui celah-celah tingkap rumah walaupun tingkap sudah ditutup, angin yang sangat kuat menyebabkan tingkap rumah saya bergegar dengan itu kunci terbuka dengan sendirinya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Dilla ketika dihubungi Bernama lewat malam kelmarin.

Dia yang menetap di tingkat 25 kompleks apartmen setinggi 54 tingkat dengan 840 unit itu berkata, air hujan juga membolosi kediamannya menerusi penyaman udara sehingga membasahi bilik dan ruang tamu rumah.

Dia yang tinggal seorang diri dan baru berpindah ke kota raya itu setelah dihantar bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di sini turut terputus bekalan elektrik.

"Selepas tidak ada elektrik, saya kunci rumah dan turun ke tingkat 11, menumpang rumah rakan sekerja yang turut tinggal di kompleks yang sama," katanya.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©