Budak Lelaki 2 Tahun Maut Dihempap Televisyen

Monday, October 15, 2012 by


Halif Hariz yang maut selepas dihempap televisyen.



AMPANG - Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.
  
Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

“Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.


ANGKAT...jenazah Haris dibawa bapanya selepas dibedah siasat di Hospital Ampang, semalam. Gambar kecil, Nor Azlin, tangisan terhenti.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.
  
"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.
  
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©