Bank Sperma Tawar Air Mani Selebriti Dengan Bayaran RM74,000
Thursday, October 18, 2012 by Author
LONDON: Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam.
Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah 15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian beradas premium” itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.
Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma “tokoh yang terbukti berjaya,” seseorang wanita boleh memberikan “permulaan yang baik” untuk anak mereka. “Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka,” kata laman sesawang itu.
Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup. Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema sebenar.
“Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma,” katanya. - TS
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©