Terkini!! Polis Kuantan Berjaya Menangkap Semula Banduan Yang Melarikan Diri

Wednesday, September 19, 2012 by

Inilah wajah suspek yang melarikan diri semalam. Mujurlah pihak polis berjaya mengesan dan menjejaki beliau dalam masa yang singkat. Jika tidak sudah tentu penduduk sekitar akan hidup dalam ketakutan.Syabas dan tahniah diucapkan kepada OCPD Kuantan bersama pasukannya yang telah bertungkus lumus menjejaki suspek berkenaan sehinggalah berjaya menangkapnya semula.

KUANTAN, 19 Sept - Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini malam tadi. Banduan berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff  berkata, banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis. "Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis," katanya ketika dihubungi di sini.



Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff



Beliau berkata, banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Pintasan Kuantan semalam, banduan terbabit, Roslan Ismail yang dijatuhi hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berjaya meloloskan diri dengan tangan bergari, bagaimanapun tiada sebarang senjata api dilarikannya.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©