Mangsa,Claudia Aderotimi
Padge Winslowe telah didakwa atas tuduhan membunuh.
PHILADELPHIA – Seorang wanita didakwa semalam, kerana membunuh wanita Britain yang datang ke Amerika Syarikat tahun lepas, untuk prosedur membesarkan punggung.
Mangsa, Claudia Aderotimi, pelajar berusia 20 tahun dari London Timur, datang ke Philadelphia pada February tahun lalu selepas melihat iklan untuk prosedur itu di internet.
Pejabat Pendakwa raya daerah berkata, mangsa bertemu Padge Winslowe, 42, dari Philadephia Barat, yang tidak mempunyai latihan khusus dan lesen, dan menyuntik punggung mangsa dengan silikon.
Tidak lama selepas menerima suntikan itu, Claudia mengalami sakit dada apabila silikon itu merebak ke sistem badan. Padge meninggalkan mangsa di hotel dan Claudia meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pendakwa raya, Seth Williams berkata, “Sikap Padge yang sombong dan tidak mengendahkan nyawa orang, sungguh memeranjatkan.” – Reuters
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©