Kisah Kucing Gemuk Seberat 18 Kg

Monday, April 23, 2012 by


NEW MEXICO - Sebuah pusat penjagaan haiwan telah menerima kedatangan penghuni baru iaitu seekor kucing dengan saiz badan yang agak luar biasa. Pemilik pusat penjagaan haiwan tersebut amat terkejut kerana kucing tersebut mempunyai berat badan seberat 18 kilogram.

Meow, nama kucing tersebut kelihatan lebih besar dari kucing-kucing lain. Kucing yang berusia 2 tahun itu memiliki berat mencapai 18 kilogram.

Pemiliknya yang berusia 87 tahun sudah tidak mampu lagi untuk menjaga kucing sebesar itu.Lalu beliau mengambil keputusan untuk menyerahkannya kepada pusat penjagaan haiwan Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat .

"Bila anda melihatnya,jelas kucing ini menderita obsesi.Meskipun kucing tersebut kelihatan amat comel,tetapi kucing pada hakikatnya tetap terlalu gemuk," ujar pemilik pusat penjagaan haiwan Santa Fe, Ben Swan.

Kini pemilik pusat penjagaan haiwan itu merancang untuk menerapkan diet pemakanan bagi kucing tersebut.Mereka ingin melihat keadaan tubuhnya akan kembali normal seperti kucing-kucing yang lain.

Meski memiliki tubuh seberat 18 kg tetapi Meow bukanlah pemegang rekod kucing terberat di dunia. Rekod  kucing terberat di dunia buat masa ini dipegang oleh Himmy, iaitu seekor kucing dari Australia yang memiliki berat 21.3 kilogram.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©