Apple disaman $400 Juta Sebab Guna Nama iPad
Monday, April 23, 2012 by Author
Apple baru saja memperkenalkan iPad Terbaru di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia pada 20 April 2012, namun Apple tidak jual iPad Terbaru di China kerana Apple menghadapi masalah undang-undang pada nama iPad.
Proview, syarikat pengeluar komputer desktop telah menyaman Apple kerana menggunakan nama iPad. Proview (syarikat elektronik Taiwan) mengatakan nama iPad itu adalah nama hak milik intelek syarikat mereka, dari segi undang-undang Apple tidak ada hak untuk menggunakan nama itu untuk menjual tablet terbaru Apple di China.
Proview menuntut bayaran sebanyak $400 juta Dolar Amerika dari Apple sebagai bayaran pampasan kerana pengguna nama iPad. Andai kata Apple kalah dalam kes perbalahan dengan Proview, iPad tidak akan dapat dijual di China melainkan keajaiban berlaku atau melainkan Proview menarik balik saman terhadap Apple.
Prosiding kes antara Apple dan Proview masih berlangsung di Higher People’s Court of Guangdong,China yang terkenal dengan produk-produk klon, mungkin selepas ini, banyak klon iPad akan dijual di China sebagai pengganti iPad original keluaran Apple.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©