Warga Emas Gila Seks Kena Penjara 10 Tahun

Wednesday, February 29, 2012 by
Yusoff Mat Rani, 61, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.

Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.

Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.

Tertuduh  yang telah beristeri menempatkan mangsa di rumahnya dengan alasan gadis itu merupakan orang susah dan akan membantunya mencari kotak.

"Dalam tempoh itu (enam bulan) mangsa dibawa ke beberapa buah pondok di kawasan Jalan Kubur Kuda pada waktu malam untuk dirogol bagi mengelak dikesan jiran-jiran, pihak berkuasa dan isterinya.

"Mangsa juga sering diugut akan ditangkap pihak berkuasa sehingga gadis itu takut untuk melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan mangsa dirogol sebanyak empat kali seminggu dan adakalanya dirogol dua kali dalam satu malam.

Suspek juga dipercayai mengambil sejenis ubat untuk menguatkan tenaga batin serta meminum minuman keras sebelum melakukan kerja terkutuk itu.

Mangsa yang tidak tahan dengan sikap tertuduh yang gila seks bertindak melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©